Mengenai Kami

D'liys Herb Legacy adalah satu kumpulan pengkaji herba dibawah naungan D'liys Global Enterprise iatu sebuah syarikat  milik Bumiputra yang menghasilkan produk-produk kesihatan 100% berasaskan herba tradisional dari tumbuhan-tumbuhan & buah-buahan semulajadi melalui kaedah R & D serta ujian makmal. 
Setelah menjalankan kajian hampir 5 tahun keatas pelbagai tumbuhan-tumbuhan herba, ramuan-ramuan, kaedah serta kesan tindakbalasnya terhadap kesihatan tubuh badan dan sistem imum manusia, pihak kami telah menjumpai formula rahsia orang-orang zaman terdahulu yang mana menggunakan pelbagai tumbuhan semulajadi dalam kaedah merawat dan melawan penyakit sebagai amalan seharian mereka. Maka tidak hairanlah mengapa orang-orang yang terdahulu jika kita lihat, mempunyai tubuh badan yang kuat serta sihat walaupun umur sudah hampir 1 abad.  Di antara tumbuh-tumbuhan  serta buah-buhan semulajadi yang telah lulus ujian makmal  dan diyakini mempunyai khasiat luar biasa untuk kesihatan ialah Sirih, Buah Cherry, Anggur, Mahkota Dewa, Kacip Fatimah, Halba, Manjakani, Pueraria Lobata, Bunga Ros, Teratai Salju & banyak lagi.
Tumbuhan-tumbuhan herba ini bukan sahaja dapat memberikan tenaga dan merawat masalah dalaman, malah ia juga boleh memberi kecantikkan pada luaran badan kita tanpa sebarang medium bahan kimia sekaligus menghasilkan kesan yang sangat baik untuk tubuh badan kita dalam kehidupan seharian. Dengan itu, tidak syak lagi bahawa tumbuh-tumbuhan herba serta buah-buahan semulajadi ini memang sangat diperlukan oleh badan kita dalam mengekalkan kesihatan yang baik dari segi luaran dan dalaman. Oleh hal yang demikian, pihak kami membuat keputusan untuk mengambil manafaat dari tumbuhan herba ini dan menghasilkan ramuan-ramuan tradisional yang boleh dikatakan semakin pupus dan semakin dilupai oleh masyarakat pada era moden ini. Pada era moden ini, kesedaran tentang kesihatan dalaman dan luaran semakin meningkat dikalangan masyarakat, lebih-lebih lagi bagi kaum wanita, namum begitu haruslah di ingatkan bahawa kita mestilah berhati-hati dan mempunyai ilmu dalam pengambilan apa sahaja jenis supplement kerana dikhuatiri mengandungi bahan kimia berbahaya yang tidak ubah lagi seperti racun yang disuntik secara senyap kedalam badan.
Kesimpulannya, sebelum kita mengambil sesuatu supplement atau produk kesihatan, pastikan kita kaji, amati, timba ilmu sebanyak mungkin, cari informasi-informasi yang tepat, buat R &D serta ujian makmal, dan tahu akan jenis-jenis herba semulajadi dengan sifat-sifatnya serta khasiatnya. Dan itulah yang pihak D'liys Herbs Legacy lakukan!

Sila Layari Laman Web Rasmi Kami : http://www.dliys.com/